Berikut merupakan antara soalan-soalan yang kerap diajukan oleh pelanggan:

Berapa yang perlu saya bayar untuk yuran tempahan?

Yuran tempahan adalah RM300 atau tidak lebih daripada 1% daripada nilai kereta atas jalan (On the road price), merujuk kepada Akta Sewa Beli (1967). Namun, Pusat Jualan Perodua kami hanya mengenakan yuran tempahan sebanyak RM100 ringgit sahaja bagi menggalakkan lebih ramai orang awam memilikinya.

Berapa pula yang saya perlu bayar untuk deposit?

Deposit perlu dibayar sekurang-kurang 10% daripada nilai kereta atas jalan (On the road price), merujuk kepada Akta Sewa Beli (1967)

Bagaimanakah cara membuat bayaran deposit?

Deposit perlu dibayar terus ke Akaun Syarikat (bukan wakil jualan). Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui perbankan Internet. No akaun syarikat akan diberi oleh wakil jualan anda nanti.

Sekiranya, saya cancel tempahan yang dibuat, bolehkah saya menuntut kembali yuran tempahan saya?

Ya, boleh. Tetapi, sedikit amaun daripada yuran tempahan akan ditolak untuk menanggung kos-kos pentadbiran.

Sekiranya, saya cancel tempahan yang dibuat, apakah yang perlu saya lakukan?

Maklumkan kepada penasihat jualan anda, dan anda mungkin perlu untuk menulis secara bertulis dengan menyertakan dokumen tempahan serta resit yang diberikan.

Berapakah kadar faedah yang perlu dibayar untuk membeli sebuah kereta?

Kadar faedah mungkin berbeza di antara bank-bank, namun ia tertakluk dengan kawalan daripada Bank Negara.

Berapa lamakah tempoh menunggu, selepas tempahan kereta dibuat?

Ia bergantung kepada jenis model dan stok kereta. Sila berurusan dengan penasihat jualan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Bolehkah saya trade-in kereta saya, untuk membeli kereta Perodua baru?

Ya, boleh. Namun harga trade in bergantung kepada harga pasaran semasa dan kondisi kereta lama anda. Hubungi penasihat jurujual untuk berunding harga yang terbaik.

Sekiranya saya hendak memandu uji kereta pilihan saya, bolehkah anda hadir ke lokasi saya berada?

Ya, boleh. Sekiranya anda berada di sekitar Lembah Klang, saya sendiri akan ke lokasi anda untuk memudahkan anda memandu uji. Namun, sekiranya anda berada di luar Lembah Klang, saya akan menghantar wakil yang berdekatan dengan anda berada.

Sekiranya saya hendak membuat penyelenggaran kereta di Pusat Servis anda, bolehkah anda atau wakil Pusat Servis anda datang ke lokasi saya untuk mengambil dan memulangkan kereta saya kembali?

Maaf. Setakat ini, pihak kami tidak menawarkan perkhidmatan tersebut. Namun, perkhidmatan begini mungkin akan dipertimbangkan pada masa hadapan untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Apakah syarat kelayakan minima untuk mendapatkan pembiayaan kewangan bagi pembelian kereta?

Pada asasnya, pihak bank memerlukan bukti yang mampu menyokong kemampuan kewangan anda seperti penyata gaji bulanan, sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (sekiranya anda bekerja sendiri), aliran masuk dan keluar akaun simpanan anda dan sebagainya. Sekiranya anda tidak memiliki bukti-bukti yang diperlukan, mungkin ada beberapa faktor lain yang boleh dipertimbangkan oleh pihak bank. Di dalam kes ini, saya akan cuba membantu anda berurusan dengan beberapa pihak bank, yang mungkin dapat meningkatkan peluang untuk anda memiliki kereta idaman.

Saya tiada lesen, bolehkan saya membeli kereta?

Ya, boleh. Namun terdapat beberapa syarat diperlukan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Nak trade-in kereta lama untuk beli kereta baru. Boleh ke?

Ya, boleh. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membeli kereta?

Dokumen yang diperlukan berbeza mengikut latarbelakang anda:

1. Pekerja kerajaan/swasta - Salinan MyKad, lesen memandu, slip gaji 3 bulan terkini, penyata akaun bank 3 bulan terkini

2. Bekerja sendiri/berniaga - Salinan MyKad, lesen memandu, sijil SSM, penyata akaun 6 bulan terkini

3. Skim graduan - Salinan MyKad, lesen memandu, transkrip/skrol,, surat tawaran kerja, slip gaji (optional), penyata bank (optional), dan staff ID

4. Pelajar - Salinan MyKad, lesen memandu, kad metrik, ibu/bapa wajib menjadi penjamin